Kisah Kejayaan NADI GUNONG Q2 APR – JUN 2018
USAHAWAN
Nama : AZMAN BIN ISMAIL
Umur : 41 Tahun
Email : Azman.ismail@triplesc.net
No. Telefon : 013-2294616
perniagaan Takaful, Agensi Insuran Kenderaan, Simkad ONEXOX, Pelaburan Hong Leong Bank
Latar belakang
Seorang usahawan sepenuh masa. Berasal dari Terengganu, berkahwin dengan
orang Kelantan dan menetap di Kota Bharu. Usahawan pelbagai bentuk
perniagaan seperti takaful, insuran kenderaan, plan pelaburan unit trust, amanah
saham, dan menjual simkad ONEXOX.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI GUNONG
Kurang ilmu pemasaran, tiada medium pemasaran yang berkesan dan kurang
rangkaian perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mendapat khidmat nasihat dan pengetahuan tentang pemasaran dengan staff NADI GUNONG dengan adanya fan page Facebook, blog, dan sosiall media yang lain. Mendapat
tunjuk ajar dalam mereka bentuk gambar iklan yang lebih menarik dengan belajar Adobe
Photoshop.
Apa yang dipelajari melalui NADI GUNONG
– Pemasaran Dengan Facebook Fanpage
– Blogspot / Minisite
– Adobe Photoshop
– Pemasaran Whatsapp
– eRezeki
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– NADI GUNONG membantu dalam memasarkan dan mengiklankan perkhidmatan.
– Membimbing kemahiran keusahawanan.
BENGKEL BLOGSPORT
ICT
Nama : Muhammad Farizal bin Harif
Umur : 9 Tahun
Latar belakang
Seorang pelajar sekolah rendah, amat suka berkunjung ke NADI GUNONG kerana
rumahnya sangat dekat dengan NADI GUNONG untuk belajar dan bermain komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI GUNONG
Jari sangat kekok untuk menekan papan kekunci dan memegang tetikus.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI GUNONG
Setelah di bimbing berkali-kali, akhirnya terbiasa dan mahir menggunakan perkakasan
komputer. Disamping itu, sempat belajar beberapa modul yang di anjurkan oleh NADI GUNONG
Apa yang dipelajari melalui NADI GUNONG
– Advokasi
– Klik Dengan Bijak
– Bengkel Menaip Dengan Pantas
– Adobe Photoshop


