mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI

Tarikh : 18 FEBRUARI 2020

Masa :  9.00 Pagi – 1.00 Tengahari

Tempat : Pusat Internet

Tujuan

Microsoft Office (surat rasmi)

Aktiviti

Seorang ahli pusat internet gunung diberi tunjuk ajar cara untuk membuat surat rasmi.

Surat rasmi merupakan surat formal yang dibuat khusus untuk tujuan yang rasmi. 

Surat rasmi tidak boleh ditulis sesuka hati kerana ia memerlukan format tertentu, penggunaan bahasa serta huruf yang betul.

Format penulisan adalah selaras dan boleh digunapakai oleh semua individu atau syarikat bagi tujuan-tujuan rasmi.

Antara tujuan-tujuan rasmi yang menggunakan surat rasmi adalah surat permohonan pekerjaan, surat membuat

aduan / bantahan / cadangan, surat membuat rayuan, surat meminta peruntukan / derma, surat membuat jemputan

rasmi, surat menempah barangan dan lain-lain lagi yang melibatkan tujuan-tujuan rasmi.

Setiap orang perlu tahu cara menulis surat kiriman rasmi yang betul. Sebagai contoh, sekiranya seseorang ingin

membuat permohonan kerja, mereka perlu menyediakan surat permohonan kerja dengan format yang betul.

Sekiranya format surat yang dihantar tidak sesuai, berkemungkinan besar permohonan kerja tersebut akan ditolak.