mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN

Kisah Kejayaan PI GUNONG Q2 APR – JUN 2018

USAHAWAN 

Nama : AZMAN BIN ISMAIL
Umur : 41 Tahun
Email : Azman.ismail@triplesc.net

No. Telefon : 013-2294616

perniagaan Takaful, Agensi Insuran Kenderaan, Simkad ONEXOX, Pelaburan Hong Leong Bank

Latar belakang
Seorang usahawan sepenuh masa. Berasal dari Terengganu, berkahwin dengan
orang Kelantan dan menetap di Kota Bharu. Usahawan pelbagai bentuk
perniagaan seperti takaful, insuran kenderaan, plan pelaburan unit trust, amanah
saham, dan menjual simkad ONEXOX.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kurang ilmu pemasaran, tiada medium pemasaran yang berkesan dan kurang
rangkaian perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mendapat khidmat nasihat dan pengetahuan tentang pemasaran dengan staff Pi
Gunong dengan adanya fan page Facebook, blog, dan sosiall media yang lain. Mendapat
tunjuk ajar dalam mereka bentuk gambar iklan yang lebih menarik dengan belajar Adobe
Photoshop.

Apa yang dipelajari melalui PI
– Pemasaran Dengan Facebook Fanpage
– Blogspot / Minisite
– Adobe Photoshop
– Pemasaran Whatsapp
– eRezeki

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– PI membantu dalam memasarkan dan mengiklankan perkhidmatan.
– Membimbing kemahiran keusahawanan.

 

BENGKEL BLOGSPORT

 

ICT

Nama : Muhammad Farizal bin Harif

Umur : 9 Tahun

Latar belakang
Seorang pelajar sekolah rendah, amat suka berkunjung ke Pi Gunong kerana
rumahnya sangat dekat dengan Pi untuk belajar dan bermain komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Jari sangat kekok untuk menekan papan kekunci dan memegang tetikus.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah di bimbing berkali-kali, akhirnya terbiasa dan mahir menggunakan perkakasan
komputer. Disamping itu, sempat belajar beberapa modul yang di anjurkan oleh Pi.

Apa yang dipelajari melalui PI

– Advokasi

– Klik Dengan Bijak

– Bengkel Menaip Dengan Pantas

– Adobe Photoshop