mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah NADI Gunong

selamat datang gif

 

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau NADI Gunong ditubuhkan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.  

Kronologi Penubuhan

Kronologi penubuhan NADI Gunong, Bachok ini bermula sekitar bulan Julai 2014. Tempat ini asalnya dari sebuah rumah teres, di roboh dan dibina semula menjadi dua bilik yang luas untuk memuatkan beberapa fasiliti dan kemudahan seperti kaunter, bilik kelas dan meja komputer. Dua ruang yang luas ini mampu memuatkan 10 buah komputer di ruang tamu (bilik utama) dan 10 buah komputer di dalam bilik kelas. 

Urusan pembinaan diteruskan dengan kerja-kerja pendawaian elektrik dan penyediaan fasiliti dari bulan Julai hingga bulan September 2014. Selepas itu, PRA U.A.T di lakukan pada 9 September 2014. Alhamdulillah, mendapat kelulusan SKMM dengan ujian U.A.T pada 1 Oktober 2014.

Operasi

Seterusnya PI Gunong berjaya di lancarkan dan mula beroperasi pada 7 Oktober 2014, sekaligus menjadi antara salah satu dari 8 buah NADI di bawah Fasa 5 (CBL Enhancement) dalam negeri Kelantan Darul Naim.

Manakala perasmian HARI BERSAMA Pusat Sebaram Maklumat Nasional di lakukan pada 11 MEI 2015. 

 kronologi pi1m gunong 1

  kronologi pi1m gunong 2

  kronologi pi1m gunong 3

  kronologi pi1m gunong 4

PI1M GUNONG HARI PERTAMA BEROPERASI

 

 

 operasi pi1m gunong